Wednesday, March 25, 2009

Wanita UMNO


Sempat sebentar tadi Abi menonton keputusan pemilihan bagi wanita Umno. Seperti yang dijangka Dato' Seri Shahrizat berjaya menenggelamkan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ketua baru bagi sayap kiri Umno itu.

Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Shahrizat dan para exco baru yang baru dilantik. Tetapi itu bukan isu yang ingin Abi kongsikan di entri kali ini. Isu yang ingin ditekankan disini ialah gelagat para exco yang baru dipilih memenangi jawatan tersebut. Kelihatannya mereka telah memenangi suatu pertandingan yang menawarkan hadiah RM 1 juta. Terkinja-kinja, terlompat-lompat, bertepuk tangan tidak terkawal dan menyebabkan keadaan hampir tidak terkawal.

Abi tertanya, apakah gembira benar memenangi jawatan yang sudah diketahui mempunyai tanggungjawab yang amat besar?? Tanggungjawab itu hadiahkah? Perkara yang patut dibanggakankah dan dihebahkankah? Tidak salah untuk bergembira memenangi sesebuah jawatan asalkan memadai untuk bersyukur, berterima kasih kepada yang memilih dan seterusnya berazam untuk melaksanakan jawatan tersebut sebaik mungkin.

Bersama kita nantikan keputusan pemilihan Majlis Tertinggi Umno yang lain pula. Harapnya gelagat 'meluat' sedemikian tidak lagi berulang.

7 comments:

Anonymous said...

Tengok Khairy Jamaluddin. Bila menang, dia cool je. Begitulah contoh pemimpin yang bagus. Wakaka!

Tinta Ibn Awwal said...

Aidil..

Hahaha..betul!Sangat berkarisma. Ramalan, Najib akan sukar sedikit bekerja dan Mahathir tidak mungkin kembali semula ke dalam Umno. Juga satu kelebihan pada pembangkang!

Azhar Ibrahim said...

Congratz Abi! Glad you are back! Looking forward to your next entry. BTW, aku agak sebak Hishamuddin terpaksa lepaskan jawatan. Khairy? Not a favourite. Tapi semangat Melayu dia tu patut dicontohi. Hopefully dia dapat jaga Melayu sebagaimana Hishamuddin dah buat selama ni.

Tinta Ibn Awwal said...

Azhar..

Betul A! takkan melayu hilang di dunia. Dalam pada itu, Melayu harus berubah untuk terus kekal dihormati di Malaysia. Perkara pertama harus dititik beratkan oleh pimpinan baru Umno, kembalikan kedaulatan bahasa Melayu! Bagi aku, harap Khairy dapat meneruskan prinsipnya menentang PPSMI!

Soffian Shariff said...

saya hadir semasa konvensyen PKR di shah alam beberapa bulan lepas.. gelagat wanita PKR di situ pun apa kurangnya...wanita tetap wanita..politik tetap politik...hehe..

Tinta Ibn Awwal said...
This comment has been removed by the author.
Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Tidak perlu rasanya membandingkan wanita PKR dan Umno? Yang jelek tetap jelek, yang bagus tetap bagus. Tidak kira PKR atau Umno. Mungkin Abi tidak sempat menyaksikan Konvensyen Agung PKR dulu. Arakian, kedudukan, jawatan dan pangkat adalah suatu tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan.Islam yang syumul menegajar menjadi pemimpin seolah sebelah kaki ke dalam neraka