Monday, November 24, 2008

Latihan Praktikal

Hari ini merupakan hari pertama Abi memulakan latihan praktikal di pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Bersama-sama menjalani latihan praktikal ialah rakan seKuantan Fithril Hakim. Gugup rasanya pertama kali menjejakkan kaki ke ruang pejabat. Mujur kakitangan pejabat ramah belaka.

Dato' Ketua Penolong Pendakwa Raya memberikan taklimat serba sedikit skop tugasan sebenar pejabat pendakwaan dan juga penasihat undang-undang. Bagi Abi, terlalu banyak tugasan mereka jika hendak dibandingkan dengan kakitangan yang ada. Keadaan pejabat juga agak kurang memuaskan dengan terdapat pegawai yang ditempatkan di perpustakaan dan juga bilik mesyuarat. Setelah diberi penerangan, tahulah perkara sebenar yang mereka tidak lama lagi mereka akan berpindah ke bangunan baru.

Abi dan Fithril ditugaskan untuk bersama Peguam Persekutuan untuk minggu pertama ini. Kes-kes yang dikendalikan oleh beliau semuanya sivil yang bagi Abi agak menjemukan. Kami diberi ajar bagaimana Pernyataan Balas didraf sebelum dihantar ke pihak plaintif. Secara umumnya tugas Peguam Persekutuan ini ialah selaku peguam bagi pihak kerajaan jika terjadi kemalangan yang melibatkan harta-harta kerajaan.

Sejurus selepas itu, kami diberi dipanggil untuk diperkenalkan kepada Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Dato' Mat Azra'ai. Dato' menerangkan fungsi jabatan kendalian beliau dan tidak salah untuk nyatakan perjumpaan bersama Dato' amat mesra sekali dan berjalan hampir 2 jam!

Esok dan lebih kurang 23 hari lagi Abi akan terus menimba pengalaman sebnayak mungkin daripada latihan praktikal ini. Keadaan 'huru hara' di pejabat Timbalan Pendakwa Raya akan Abi sesuaikan sebaiknya. Kepada rakan-rakan yang sama-sama berpraktikal, Abi ucapkan selamat mencuba!

Monday, November 17, 2008

Merdeka

Rasanya lama benar blog ini ditinggalkan sepi tanpa bicara. Seperti dijangka kesibukan menyiapkan kerja projek dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir menjadi penghalang utama. Alhamdulillah baru sebentar tadi Abi menghabiskan kertas yang terakhir Family Law 1.

Secara keseluruhan Abi agak berpuas hati dengan kertas-kertas soalan yang dijawab. Ada yang mudah dan tidak kurang juga yang rumit sehingga merisaukan! Kerja projek juga telah disiapkan dengan jayanya.

Mulai minggu hadapan Abi akan menjalani latihan praktikal di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuantan. Moga sepanjang latihan disana akan memberi seribu satu pengalaman bermakna.

Hendak dijadikan cerita, komputer riba milik Abi telah ditimpa bencana. Hujan lebat yang turun semalam telah melemaskannya! Mujur dengan izin tuhan ia dapat kembali berfungsi seperti sediakala setelah dikeringkan dengan bantuan pengering rambut walau pada mulanya terdapat masalah di papan kekunci.

Insyaallah jika tiada aral melintang, blog ini tidak akan lagi dibiarkan sepi untuk sekelian lamanya lagi. Masa akan digunakan sebaiknya agar blog ini akan terus bernafas.