Friday, December 5, 2008

Pelik tapi benar


Canggung rasanya bila difikirkan masih ada lagi individu professional yang menganggap peguam adalah satu pekerjaan yang hina. Membela pembunuh, perogol, pencuri dan lain-lain. Baginya rupa penampilan seorang peguam jenayah ini tiada sinar keimanan kerana membela individu-individu perosak bangsa, agama dan negara!

Tidakkah mengerti bahawa seseorang itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau dalam bahasa Inggerisnya yang berbunyi ' no one is guily unless its proven so'? Inilah yang boleh di bahasakan sebagai jumud lagi mundur. Lama dahulu pernah juga Abi terfikir, mengapa orang yang berbuat salah perlu dibela dan mengapa ada individu yang sanggup membelanya? Tetapi ianya mudah disangkal dengan dengan wujudnya kematangan diri.

Begini prosesnya bagi yang masih tidak mengerti. Sesiapa yang dituduh melakukan sebarang kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah. Semasa prosiding di mahkamah, tertuduh masih lagi bebas dari sebarang kesalahan. Pendakwa dan peguam bela saling bertukar hujah berdasarkan fakta kejadian. Jika pendawa dapat membuktikan kesalahan tertuduh lebih dari keraguan yang munasabah, tertuduh dengan rasminya bersalah. Jika terdapat walau sedikit keraguan dapat dipastikan oleh mahkamah, tertuduh akan dibebaskan dari pertuduhan. Bukahkan lebih baik terkhilaf membebaskan orang yang bersalah dari tersilap menghukum orang yang tidak bersalah?

Apa yang ingin ditekankan disini adalah semuanya bergantung kepada diri sendiri. Adakah kerjaan seorang jurutera, akauntan, peniaga. doktor dan lain-lain lebih mulia disisi Allah berbanding peguam? Pernah satu hadis Abi dengar yang lebih kurang maksudnya menyatakan ramai para peguam adalah ahli neraka. Ini tidak boleh dinafikan sama sekali jika dilihat pada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang peguam itu. Mudah memanipulasi dan dimanipulasiakan. Apa yang penting, keimanan dan kejujuran dalam mengendalikan sesuatu kes perlu dititikberatkan oleh seseorang peguam.

Konklusinya mudah, adalah amat mendukacitakan jika berpandukan kematangan berfikir rakyat Malaysia, ramai yang masih menganggap pekerjaan seorang peguam sama seperti apa yang difikirkan atau dibayangkan kanak-kanak berusia 7 ke 12 tahun.

8 comments:

Soffian Shariff said...
This comment has been removed by the author.
Soffian Shariff said...

jap2..hehe..aritu tak sempat baca..profession guaman per se adalah satu kerja mulia..bak kata abi "innocent until proven guilty"..
so peguam kene lah adalah kan...

what happens when the courts are corrupted??? what can a lawyer do then??? nak tak nak kene go with the flow lah kan...

cth terdekat: kes Altantuya...
ada satu gambar yang menunjukkan "a certain someone" is with altantuya and rojak baginda...

tapi the picture was rejected by both prosecution and the defence attorney...

kalo prosecution reject, then it's ok lah kan..coz the prosecution is a part of the government...tapi yang defence lawyer ni..nape reject???

hahaha...sometimes the truth is out there..in other times it is better for us just to believe in lies...



LAWAN TETAP LAWAN....

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Itulah hakikat yang kita terpaksa terima. Kehakiman berada di tahap terendah. Ketelusan dan kesaksamaan sesetengah hakim langsung tidak boleh diperakui.

Justeru hendaklah kiranya kita berusaha untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam ini. Bukan niat untuk menyokong atau menyertai golongan korupsi ini tetapi cuba sedaya upaya mengubahnya. Benar Pian, dugaan dan kekuatan iman akan diuji ke tahap maksima! Moga Allah sentiasa bersama.

Ibn Qadir said...

Buat saudara berdua...

Ya, memang benar, itulah dilema dan cabaran yang bakal digalas oleh pendukung dan penggiat undang-undang masakini.

Cabaran yang digalas ini bukan sahaja dibebani oleh kita, malahan turut dibebani oleh masyarakat kita, khususnya di Malaysia..

Kebelakangan ini kita seringkali dikejutkan oleh kes-kes "kangaroo" seperti kes altantuya, kes tan sri eric chia, dan ramai lagi.

Justeru, tuntutan Islah dan reformasi dalam etika dan sistem perundangan itu sendiri adalah satu kewajipan yang harus ditunaikan, bukan sahaja oleh pengamal perundangan, malahan rakyat itu sendiri. Harus diingat, didalam sebuah negara demokrasi, rakyat seharusnya menjadi seorang raja, bukannya hamba mahupun pak turut!

Sebagai peringatan, marilah sama-sama kita betulkan i'tiqad, melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja sebagai seorang ahli perundangan, bahkan sebagai rakyat dan pendukung Islam serta Demokrasi itu sendiri, membersihkan negara ini daripada segala kebejatan ketidakadilan, kronisme dan juga korupsi.

Besar harapan, semoga artikel 121 akhirnya dapat juga diperkasakan demi menjamin kedaulatan perundangan syariah Islamiyyah di Malaysia, Insyaallah...

DEMI ALLAH, AKU MAHU MEMARTABATKAN KEADILANMU!


salam sahabat,
Ibn Qadir

Anonymous said...

salam

apakah komen anda bagi peguam yang membela org yg bersalah?

Anonymous said...

balik ke pangkal jalan, iman adalah penyelesaian.solat itu tiang agama, jika tiang pn x ckup ? letak lah apa sistem pn, hasilnya sama.

Soffian Shariff said...

rahim stylo..hehe..

Tinta Ibn Awwal said...

Kimi..

Bersama kita menggalas tugas yang menjerihkan ini!

Anonymous..

Telah dijelaskan sejelas-jelasnya di dalam entri ini, seseorang tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Fahami dan halusi ungkapan itu. Jika peguam sudah sedia maklum akan kesalahan anak guamnya, dia perlu mengakuinya dan mencari jalan untuk meringankan hukuman yang akan dijatuhkan keatasnya.

Rahim..

Ungkapan yang canggih dan jitu! Haha