Monday, November 24, 2008

Latihan Praktikal

Hari ini merupakan hari pertama Abi memulakan latihan praktikal di pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Bersama-sama menjalani latihan praktikal ialah rakan seKuantan Fithril Hakim. Gugup rasanya pertama kali menjejakkan kaki ke ruang pejabat. Mujur kakitangan pejabat ramah belaka.

Dato' Ketua Penolong Pendakwa Raya memberikan taklimat serba sedikit skop tugasan sebenar pejabat pendakwaan dan juga penasihat undang-undang. Bagi Abi, terlalu banyak tugasan mereka jika hendak dibandingkan dengan kakitangan yang ada. Keadaan pejabat juga agak kurang memuaskan dengan terdapat pegawai yang ditempatkan di perpustakaan dan juga bilik mesyuarat. Setelah diberi penerangan, tahulah perkara sebenar yang mereka tidak lama lagi mereka akan berpindah ke bangunan baru.

Abi dan Fithril ditugaskan untuk bersama Peguam Persekutuan untuk minggu pertama ini. Kes-kes yang dikendalikan oleh beliau semuanya sivil yang bagi Abi agak menjemukan. Kami diberi ajar bagaimana Pernyataan Balas didraf sebelum dihantar ke pihak plaintif. Secara umumnya tugas Peguam Persekutuan ini ialah selaku peguam bagi pihak kerajaan jika terjadi kemalangan yang melibatkan harta-harta kerajaan.

Sejurus selepas itu, kami diberi dipanggil untuk diperkenalkan kepada Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Dato' Mat Azra'ai. Dato' menerangkan fungsi jabatan kendalian beliau dan tidak salah untuk nyatakan perjumpaan bersama Dato' amat mesra sekali dan berjalan hampir 2 jam!

Esok dan lebih kurang 23 hari lagi Abi akan terus menimba pengalaman sebnayak mungkin daripada latihan praktikal ini. Keadaan 'huru hara' di pejabat Timbalan Pendakwa Raya akan Abi sesuaikan sebaiknya. Kepada rakan-rakan yang sama-sama berpraktikal, Abi ucapkan selamat mencuba!

4 comments:

CikAjune said...

selamat berpraktikal!=)

Anonymous said...

Satu perkara yang aku belajar daripada latihan praktikal kali ini adalah, alahai, betapa tidak 'best'nya apabila terpaksa bekerja 8am-5pm setiap hari, dan setiap minggu lima hari pula. Aduhai!

Zaman belajar adalah zaman paling manis -- bila dah bekerja nanti, hidup akan menjadi tersangat 'dull'. Oleh itu hargailah setiap saat waktu di universiti. Hehe.

Tinta Ibn Awwal said...

Ajune..

Terima kasih..=)

Aidil..

Yup, aku dah memikirkan masalah ini lama dulu dari ko. Walaupun kekadang terasa ingin cepat menghabiskan pengajian, dalam masa yang sama sentiasa memikirkan kebosanan bekerja.

Oleh itu, hargailah masa belajar seolah-olah ia tidak akan tamat!=)

Ibnu Madzir said...

Salam, abi...
Susah betul takde shoutbox..hahaha..
Sehat?Nanti aku turun kuantan aku roger ko..
selamat berpraktikal!!

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Profesor Diraja Ungku A. Aziz