Thursday, October 21, 2010

Assalamualaikum

Setahun lamanya blog ini ditinggalkan bersawang. Dalam masa setahun jugalah seribu satu perkara telah berubah dalam kehidupan.

Kali terakhir menulis masih lagi bergelar pelajar, kali ini menulis telah pun bergelar pekerja. Itulah perubahan yang paling ketara setakat ini. Abi telah pun secara rasmi bergelar 'Pelatih Dalam Kamar' yang belajar di Tetuan J.R. Ravendren & Associates.

Kehidupan tidak dinafikan secara 100% telah berubah. Jika dulu setiap bulan perbelanjaan ditampung orang tua tetapi kini semuanya sendiri. Rakan-rakan sekuliah dahulu pun masing-masing melebarkan sayap mencari punca rezeki.

Insyaallah jika tiada aral melintang, bulan April tahun depan akan tercapai hasrat dan cita-cita untuk bergelar seorang peguam. Entah jadi atau tidak semuanya ketentuan tuhan tetapi sebagai manusia Abi mesti dan pastinya berusaha ke arah itu. Tuhan tidak mengharapkan hamba-hambanya hanya menanti dan mengharapkan takdirNya sentiasa menyebelahi kita...