Walaupun agak terkejut, tetapi keputusan di pilihanraya kecil di Manek Urai sememangnya sudah dijangka. Pakatan rakyat tidak lagi boleh menafikan kenyataan bahawa mereka sedang bergelut dengan pelbagai masalah. DAP dengan caranya yang tidak pernah bersetuju, Pas dengan fiilnya yang hinnga kini masih mengelirukan penyokongnya sendiri dan PKR masih meraba-raba mencari formula bagi memulihkan semangat ahlinya terutama di Pulau Pinang sangat menyumbang kepada keputusan pilihanraya kecil ini.
Kemenangan Pas yang berbekalkan hanya 65 undi sudah cukup mencemaskan pihak pembangkang. Bagi Abi, untuk mereka terus relevan dan kembali menarik perhatian terutamanya golongan muda, mereka wajib berbuat sesuatu. Rakyat muak dengan ego dan agenda masing-masing yang tidak langsung membantu malahan menjadikan mereka semakin hari semakin suram. Jika dibiarkan, negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka tidak mustahil dengan mudah dirampas kembali BN di pilihanraya umum akan datang.
Bagi BN pula walaupun hanya dibezakan dengan 65 undi, yang kurang tetap kalah dan yang lebih ternyata menjadi pemenangnya. Walaupun begitu, keputusan pilihanraya kali ini cukup untuk memberi semangat baru kepada BN untuk terus berusaha demi mendapatkan kembali keyakinan rakyat. Abi merasakan isu PPSMI ditangani oleh kerajaan dengan bijak sekali dan ia turut menjadi faktor menyusutnya undi Pas pada pilihanraya ini.
Thursday, July 16, 2009
Friday, July 10, 2009
Episod Duka Lara 2
Hari ini dugaan tuhan sekali terpaksa dihadapi. Lagi objek yang Abi sayang sangat terlepas dari genggaman. Telefon bimbit Abi tercicir dan hilang. Ya Allah..aku redha dan berserah kepadaMu. Sesungguhnya insanMu yang lemah ini sangat memerlukan bantuanMu di saat aku baru sahaja mendapat semangat baru. Tunjukkanlah aku jalan dan jangan Kau biarkan aku terus dalam keadaan putus asa. Kaulah tuhan yang maha mengasihani.
Monday, July 6, 2009
Episod Duka Lara
Sedari kecil, memang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup Abi untuk terlampau menyayangi sesuatu yang pada zahirnya kelihatan amat remeh. Sebagai contoh, alat tulis yang diberi oleh mak atau abah semasa di sekolah rendah Abi akan menjaganya seperti emas! Abi sedih yang teramat jika habuk pensel yang diasah dibuang begitu sahaja di dalam bakul sampah di dalam kelas sebaliknya Abi lebih rela membuang habuk tersebut di dalam beg untuk dibuang di rumah.
Bagi Abi, setiap barang itu ada nilainya yang tersendiri dan mereka amat berjasa bagi Abi. Tidak bermaksud Abi lokek atau kedekut untuk berkongsi sesuatu tetapi Abi akan sedaya upaya menjaganya seperti barang yang bernyawa. Sifat tersebut masih kuat dalam diri. Jika Abi menyayangi sesuatu, sudah pasti akan menjaganya sebaik mungkin. Tidak kiralah apa jua barangan sekalipun, yang penting Abi akan menghormati barangan itu seolah-olah ianya bernyawa. Sehinggakan sudah menjadi rutin beromongan dengan motorsikal kesayangan Abi yang bernama 'Weq'.
Tetapi sifat tersebut seolah-olah sudah memakan diri Abi baru-baru ini. Abi langsung tidak dapat menerima realiti yang hakikatnya Abi telah kehilangan dua orang yang Abi terlalu sayang dalam hidup ini. Perasaan ingin kembali mendapatkan kasih sayang mereka masih membuak-buak menendang jiwa sehinggakan hampir gila dibuatnya. Jika selama ini diri merasakan sudah bersedia menghadapi segalanya, ianya ternyata tidak benar sama sekali. Sesekali terfikir apa yang dilalui sepanjang sebulan lalu terasa betapa kerdilnya Abi di sisi Illahi. Dia sudah begitu lama memberikan Abi ketenangan dan kegembiraan dalam hidup sehinggakan Abi tidak menyedari diri semakin lama semakin jauh denganNya.
Ternyata tuhan masih memberikan ruang dan peluang kepada Abi untuk berubah. Dugaan yang amat berat yang diujiNya amat membuatkan Abi tersentak dari lamunan selama ini. Orang yang disayangi hilang dengan sekelip mata diambilNya. Secara jujur, selama ini Abi tidak pernah mengalami pengalaman kehilangan orang yang tersayang. Sebulan lalu, kesemua kaun keluarga termasuk datuk-datuk dan nenek-nenek Abi masih ada di muka bumi ini. Masih lagi dapat Abi rasakan kasih sayang daripada mereka tetapi takdir tuhan menentukan segala-galanya. Salah seorang nenek Abi pergi menyahut seruan Illahi pada tanggal 7 Mei 2009. Segalanya berubah, dari satu ke satu masalah yang tidak pernah Abi terfikir untuk terjadi timbul. Betul- betul hampir gila dibuatnya!
Baru-baru ini, perasaan Abi kuat mengatakan yang emak merahsiakan sesuatu perkara. Sememangnya sudah menjadi lumrah ibu untuk tidak terus membebankan hati anaknya yang sedia terbeban. Akhirnya, ketahui juga Abi bahawa buah pinggang salah seorang datuk Abi rosak dan memerlukan bantuan mesin untuk sepanjang hidupnya! Subhanallah....berat sungguh dugaan tuhan yang bertimpa-timpa ini. Abi tertanya-tanya, mampukah Abi melaluinya sekali lagi sedangkan masalah yang lama masih kuat bersarang dalam hati dan dalam masa yang sama Abi terpaksa bergelut untuk memulakan program professional LLB yang diketahui umum rumitnya?
Setiap hari Abi termenung dan bertanya diri apa yang patut dilakukan? Keluarga dan rakan-rakan telah memberikan segalanya untuk Abi kembali memotivasikan diri. Direnung, difikir-fikirkan, tiada orang lain yang mampu untuk mengeluarkan Abi dari belenggu diri melainkan Abi sendiri. Jika ada kemahuan yang jitu, Abi pasti mampu untuk melaksanakannya. Dengan demikian bermulalah suatu era baru dalam hidup yang diharap dapat membaiki kelemahan diri. Masalah tetap menjadi masalah jika kita memandangnya sebagai suatu masalah. Ianya akan berubah menjadi penyelesaian jika kita menganggapnya sebagai suatu cabaran. Abi berdoa kehadrat Illahi agar diberikan segala kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Kepada Allah jua lah Abi bermohon agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala dan dapat memberikan kesihatan terbaik kepada nenek dan datuk disamping Abi dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ilmu yang bakal dicurahkan. Insyaalah..

Friday, June 26, 2009
Nur Izzaida bt Zamani
Abi tidak pernah sesekali berbicara tentang seseorang yang telah banyak mengubah hidup Abi dalam blog ini. Walaupun Abi cukup mengerti, beliau cuba untuk memberitahu Abi supaya nyatakan serba sedikit tentang dirinya. Abi degil, kononnya blog ini khas untuk penulisan professional sahaja.
Abi lupa perasaannya. Abi tidak ambil pusing keadaan hatinya. Untuk pengetahuan semua, insan yang bernama Nur Izzaida bt Zamani inilah yang dimaksudkan.
Abi tidak pernah dan sesekali tidak akan lupa akan segala pengorbanan yang dilakukanya tehadap diri. Abi tidak pernah putus menyatakan kesyukuran kepada illahi kerana dipertemukan kepadanya. Hidup Abi amat sempurna selepas kehadirannya. Dialah insan yang tidak putus-putus memberi harapan untuk Abi terus belajar setelah keputusan peperiksaan Abi di awal pengajian amat tidak memberangsangkan.
Dia mengajar Abi bagaimana sebenarnya erti sebenar untuk disayangi dan menyayangi. Dia menyedarkan Abi betapa banyak lagi kesilapan yang perlu diperbaiki dalam kehidupan seharian. Dia tetap sabar, dari hari ke hari dengan kerenah Abi yang bermacam-macam!
Abi tidak pernah sedar. Tidak pernah terfikir betapa kurangnya kasih sayang yang dicurahkan kepadanya. Bunga jika tidak disiram hari-hari layu juga akhirnya walau semahal mana pun bakanya. Abi pasrah dan redha walau amat pahit untuk ditelan.
Atas segala kesilapan, Abi pohonkan keampunan walau amat sukar dimaafkan dan hanya satu permintaan terakhir. Diharap hatinya masih bersisa untuk Abi dan dengan sedaya keupayaan akan Abi menjadikan dirinya insan yang paling bahagia di atas muka bumi ini!

Tuesday, June 2, 2009
Cerita dari seberang
Seminggu yang lalu Abi baru kembali dari kota Bandung. Seperti biasa, bila bercuti pasti ada pengalaman menarik yang mahu dikongsi. Pengalaman ini mungkin berlainan sedikit dari cerita-cerita biasa orang bercuti yang kebiasaannya manis-manis belaka. Pengalaman yang ingin Abi kongsi ialah pengamatan Abi tentang realiti kehidupan rakyat Indonesia pasca zaman kemelesetan ekonomi 1998.
Indonesia merdeka lebih awal dari Malaysia dan tidak dinafikan rakyat Tanah Melayu mula berapi bangkit menentang penjajah setelah mendapat inspirasi dari kemerdekaan Indonesia. Ianya merupakan negara kepulauan terbesar dunia. Berdasarkan saiznya yang besar, kepadatan penduduknya yang tinggi dan aset-aset negara yang melimpah ruah, sudah pasti Indonesia sememangnya negara yang amat bertuah. Prospek negara bekenaan tidak keterlaluan jika boleh dibandingkan dengan negara China dan India yang dilihat akan menjadi kuasa dunia dalam masa 50 tahun akan datang. Tetapi realitinya, umum mengetahui Indonesia antara salah sebuah negara yang bermasalah di dunia. Sudahlah ekonominya yang kelihatan begitu sukar sekali pulih dari belenggu kemelesetan semenjak tahun 1998, Indonesia juga sering diuji tuhan dengan pelbagai bencana alam seperti gempa bumi dan peristiwa tsunami yang mengorbankan lebih 100,000 rakyatnya.
Dikenang, dinilai dan difikirkan kembali, apakah punca utama masalah yang berlaku? Jawapannya hanya satu iaitu KORUPSI. Ekonomi Indonesia masih stabil sehinggalah berlaku tragedi ekonomi 1998 sehingga presidennya yang dikala itu Bapak Suharto disanjung, digulingkan oleh rakyat terutamanya pelajar melalui medium demonstrasi umum. Dengan keinginan untuk mengetahui dengan lebih mendalam, Abi sempat bertanya rakan yang pernah tinggal di Indonesia saudara Aidil Khalid dan juga saudara Noah iaitu supir yang menjadi pemandu pelancong di sana apakah keadaan sebenar ekonomi Indonesia sebelum dilanda kemelesetan ekonomi 1998. Kenyataan yang diberikan amat mengejutkan! Walaupun dari sudut luarannya dikala itu Indonesia kelihatan stabil mahu diri segi ekonomi dan sebagainya, realitinya amat mendukacitakan. Amalan korupsi dan kronisme amat berleluasa sehinggakan amalan sedemikian sudah dianggap perkara yang amat biasa bagi mereka. Contoh yang paling menarik ialah sehinggakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Agama Islam pun hendaklah didahului dengan wang sogokan. Contoh lain ialah penerimaan seseorang untuk menjadi laskar (askar) juga mesti disertai dengan wang sogokan.
Soal kronisme juga tidak diambil peduli oleh pihak penguasa dikala itu, Tommy iaitu anak lelaki Presiden Suharto sebagai contoh, beliau diberikan pelbagai kontrak dan jawatan lumayan oleh pihak penguasa hanyalah atas kapasitinya sebagai anak kepada seorang presiden. Salah satunya ialah beliau menjadi pemilik kepada kereta nasional Indonesia iaitu Timor. Timor turut berkubur setelah pimpinan Suharto digulingkan. Tommy sendiri pernah dipenjarakan atas kesalahan yang Abi kurang pasti. Lihatlah betapa rakusnya kerajaan Indonesia dikala itu merompak harta rakyatnya sendiri. Rakyat Indonesia dimabukkan dengan pembangunan dan ekonomi yang dikatakan stabil untuk terus membiarkan perkara itu berlaku.
Kesan dan akibatnya? Rakyat Indonesia menjadi mangsa paling teraniaya. Presiden Suharto telah kembali ke rahmatullah dan Tommy anaknya juga mungkin telah menjalani hukuman penjara tetapi penderitaan rakyat Indonesia masih berkekalan sehingga ke hari ini setelah 11 tahun kemelesetan ekonomi berlaku. Perasaan empati Abi muncul setelah melihat anak-anak kecil yang bermain di tepi jalan yang penuh sesak dan berdebu tanpa sepatu di kaki. Pemuda-pemuda yang mengetuk cermin kereta untuk menjual barangan untuk sesuap nasi dan juga anak-anak yang masih lagi kecil sanggup berhujan untuk menjual jagung di Taman Safari Indonesia. Semua itu adalah kesan kemeruduman ekonomi Indonesia sejak penggulingan Suharto dan konco-konconya. Indonesia terpaksa meminjam wang dai IMF untuk menyelamatkan ekonomi dan kesan langsung daripada peminjaman tersebut masih dirasai sehingga hari ini. Nilai rupiah terus menerus menjunam. Jika dahulu RM1 = Rp 900 hari ini nilainya serendah RM1= Rp 3000. Tidak mustahil rakyat Malaysia menjadi jutawan segera di sana berbelanja sakan termasuklah empunya diri ini.
Dalam berbelanja Abi terfikir, betapa tingginya kos hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Indonesia. Menurut Noah, harga bakso sebelum 1998 ialah sekitar Rp 2000 semangkuk. Harganya melonjak naik sehingga Abi terpaksa membayar Rp 12000 hanya untuk semangkuk bakso. Sememangnya jika ditukar nilai, ianya masih murah sekitar RM 4 semangkuk, tetapi bayangkan keperitan rakyat Indonesia, seolah-olah mereka terpaksa membayar RM12 yang pada suatu ketika dulu hanyalah berharga RM2.
Situasi-situasi demikian cukup memberi kesedaran pada Abi tentang betapa bahayanya penangan korupsi dan kronisme. Malaysia tidak terkecuali menghadapi masalah ini. Apakah kita rela dan dengan senang hati membiarkan negara mengalami nasib yang sama dengan Indonesia? Sudah tentu tidak! Indonesia dewasa ini makin pulih dengan kepimpinan Presidesn Bambang Yodhoyono yang dilihat amat berkesan. Korupsi dan 'duit kopi' masih berleluasa disana tetapi sedikit demi sedikit dapat dibendung. Peringatan Abi kepada diri sendiri dan juga kepada semua terutamanya belia, jangan kita biarkan budaya korupsi dan kronisme terus berakar dalam diri. Jika tidak, ianya akan terus hidup sedikit demi sedikit dan akhirnya akan memakan diri. Islam yang syumul amat menegah amalan korupsi yang merugikan ini.

Friday, April 3, 2009
Peralihan Kuasa PM
Malaysia telah menyaksikan satu lagi perkara penting dalam lipatan sejarahnya. Semalam Dato' Seri Najib Tun Razak telah secara rasminya dilantik sebagai perdana menteri Malaysia ke 6. Tugas berat yang diwarisi daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dikenali sebagai Pak Lah.
Walaupun dihambat pelbagai permasalahan dalaman, kepimpinan terdahulu Pak Lah perlu diakui telah melakukan sedikit sebanyak perubahan positif di dalam pemerintahannya. Perkara yang paling diingati ialah sikap keterbukaan Pak Lah terhadap media alternatif yang sebelumnya diketahui umum dikekang penyiarannya. Terima kasih Pak Lah atas usahanya itu.
Bermula hari ini, DS Najib akan menjalankan tugasnya secara rasmi buat kali pertama. Harapan utama rakyat ialah DS Najib dapat semula memulihkan ekonomi Malaysia yang merudum dikala ini. Juga diharapkan kestabilan politik dapat dikekalkan disamping terus dengan usaha Pak Lah yang tidak menyekat kebebasan bermedia.
Harapan peribadi Abi, amatlah diharapkan DS Najib dapat mengatasi bayangan isterinya sendiri DS Rosmah Mansor. Memang diketahui ramai terdapat pelbagai seribu satu cerita yang kurang enak di dengar terhadap beliau yang sehingga kini masih lagi diragui kesahihannnya. Tetapi Abi merasakan DS Rosmah perlu menukar gaya perhubungan sosial 'barat'nya agar tidak terus dipandang jelek oleh masyarakat terutamanya orang melayu.

Monday, March 30, 2009
Tun Mahathir b Mohamed
Kehadiran Tun ke majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno menimbulkan seribu satu persoalan. Secara peribadi, kehadiran Tun amat memeranjatkan Abi setelah baharu sahaja komennya berhubung kemenangan Khairy dipaparkan di laman blognya.
Apakah Tun akan kembali ke pangkuan Umno? Walaupun kenyataan terbuka Tun membayangkan beliau hampir pasti menyertai semula Umno, ianya masih meragukan. Kemenangan Khairy selaku ketua pemuda Umno sedikit sebanyak boleh merencatkan hasratnya itu. Jika benar Tun akan kembali, pastinya ia akan memberikan kesan langsung kepada pihak pembangkang kerana sebahagian besar golongan 'atas pagar' yang memilih pembangkang di PRU 12 yang lalu adalah pengikut setia Tun.
Politik tetap politik. Perkara yang mustahil dengan mudah menjadi realiti.

Subscribe to:
Posts (Atom)