Saturday, September 5, 2009

Bila Emosi Mengalahkan Logika


Isu 'kepala lembu' kecoh diperkatakan disini sana khususnya di negeri Selangor. Pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dipertikai sekerasnya oleh penduduk tempatan.

Rentetan daripada itu, sebuah tunjuk perasaan 'aman' di anjurkan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Jumaat lalu. Tiada salahnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, tetapi tindakan mengarak kepala lembu yang dianggap binatang suci agama Hindu kelihatan amat keterlaluan!

Untuk menangani masalah tersebut, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif dengan mengadakan dialog dengan penduduk setempat. Dialog dihadiri Menteri Besar sendiri dan beberapa exco negeri. Seperti dijangka dialog tersebut tidak ubah menjadi sebuah perjumpaan tidak bertamadun hasil daripada penduduk yang sering menggangu ucapan pentadbir negeri. Segala penerangan sang pemimpin ditentang habis-habisan. Mujur kejadian lebih buruk tidak berlaku walaupun tanda-tanda kehadirannya amat jelas apabila seorang pemimpin Hindu bangun untuk memberikan pendapat. Beliau hampir dibaling kerusi.

Abi adalah rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam sejujurnya merasa kesal, sedih dan malu atas apa yang berlaku. Benar, penduduk berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak berwajib setelah mengambil kira penempatan baru kuil tersebut terletak di kawasan penduduknya majorititnya beragama Islam. Tetapi dengan membawa kepala lembu bersama, diludah dan dipijak bukan sama sekali caranya. Ini radikal! Apa dengan cara tersebut masalah boleh diselesaikan? Atau mungkin dengan cara tersebut kaum India terus tunduk dan membenarkan ketuanan Melayu?

Perkara ini mungkin boleh dikaitkan dengan satu kejadian memalukan yang berlaku di kala solat Jumaat baru-baru ini. Sedang jemaah lain khusyuk mendengar khatib berkhutbah, seorang pemuda Melayu hampir menghayunkan parang kepada seorang pemuda Arab hanya kerana kereta mereka bergesel antara satu sama lain. Hebat sungguh perilaku pemuda tersebut sambil disaksikan oleh beratus jemaah yang hadir! Mungkin beliau merasakan dirinya kuat dan berani dengan bertindak sedemikian. Perlakuan jumud dan tidak langsung boleh diterima akal.

Percayalah, bangsa Melayu akan terus tidak dihormati dan di hina jika kita terus bersikap tidak rasional, beremosi dan tidak profesional. Seharusnya kita berasa malu setelah apa yang berlaku.

Inilah juga contoh yang terbaik jika manusia cuba menyelesaikan masalah dengan bertunjangkan emosi dan bukan dengan cara menggunakan akal tuhan berikan. Abi juga dahulu cenderung bermain emosi tatkala dirudung masalah tetapi perubahan mesti dilakukan. Hasilnya kepuasan yang lumayan. Masalah dapat dibendung tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa. Isu 'kepala lembu' ini seharusnya diselesaikan dengan cara terbaik oleh semua pihak agar bahang api perkauman yang semakin dirasai dewasa ini dapat dikawal sepenuhnya. Sebaiknya segala bentuk politik dapat dihindarkan daripada isu ini baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Janganlah isu ini dijadikan alat untuk memenangkan parti sendiri dan menelanjangkan kelemahan parti lawan. Cukuplah, rakyat Malaysia sudah muak dengan permainan politik kotor sedemikian rupa.

10 comments:

Soffian Shariff said...

betul tu abi...semua ini terjadi kerana ada batu api yang mencetuskan kemarahan.. kite kene cari batu2 api ni...buangkan mereka kedalam laut...

malaysia are for malaysian...

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Aku setuju dengan ko. Cari batu-batu api tu dan campakkan ke laut. Biar mereka jadi arang yang tak berguna selamanya.

Azhar Ibrahim said...

Ntah aaa, aku pun tak tau apa nak jadi dengan orang² zaman sekarang. Yang muda pun tak betul, yang dewasa pun tak betul, yang tua pun bertambah² tak betul.

Kenapa perlu 'kepala lembu' tu? Cuba la tolak ke tepi sentimen keagamaan kalau ye marah sekalipun..... Cuba bayangkan kalau kemudian hari al-Quran pula dibuat begitu. Nauzubillah.

Tinta Ibn Awwal said...

A...

Tu la masalah sekarang ni. Masing-masing nak menunjukkan rasa jaguh dengan harapan untuk dihormati. Hasilnya usahkan hendak dihormati, lagi dibenci adalah!

Kalau ko ingat A, dulu pernah terjadi kes kepala babi dicampak ke dalam sebuah masjid di UM. Juga kepala babi di gantung di rumah seorang Muslim, lihat betapa kalut dan gelabahnya kita waktu tu. Hal yang sama berlaku kepada semua beragama Hindu sekarang ni. Cuma tidak dizahirkan saja lagi..

Aidil Khalid said...

Inilah yang berlaku apabila pendidikan tauhid sudah dikesampingkan dan digantikan oleh pendidikan sekular. Inilah yang berlaku apabila kepentingan bangsa diletakkan mengatasi kepentingan ruh agama. Inilah yang berlaku apabila pendidikan akhlak dipandang sebelah mata.

Politik, apabila dipisah-pisahkan dari agama (atau agama hanya dipergunakan bagi kepentingan sendiri), beginilah jadinya: konon atas nama hendak mempertahankan agama, padahal merekalah sebenarnya yang memijak-mijak agama.

Takbir!!!
(cewah, bersememangat terlebih pulak)

Soffian Shariff said...

dan lebih sedih lagi..kebanyakkan yang ikut memijak kepala lembu itu adalah orang2 yang tidak tahu apa pun... malah budak2 sekolah rendah pun ada yang ikot sama...

Malaysia sangat best, jangan jadikan malaysia tak best..hehe

Tinta Ibn Awwal said...

Aidil..

Sepatutnya kenyataan ko ni kita masukkan sekali dalam kertas kerja dan hantar ke Prof Shad dulu-dulu. Aku jamin kita dapat A++. Hehe

Pian..

Inilah yang dimaksudkan pujangga lebih panggang dari apinya..

rahim ali said...

kan bagus kepala lembu dibuat sup.kenyang perut..

Tinta Ibn Awwal said...

Rahim

Makan je ko ingat kan??tapi kelakar jugakla!hahaha

asshik said...

teruskan perjuangan!!!