Monday, March 30, 2009

Tun Mahathir b Mohamed

Kehadiran Tun ke majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno menimbulkan seribu satu persoalan. Secara peribadi, kehadiran Tun amat memeranjatkan Abi setelah baharu sahaja komennya berhubung kemenangan Khairy dipaparkan di laman blognya.

Apakah Tun akan kembali ke pangkuan Umno? Walaupun kenyataan terbuka Tun membayangkan beliau hampir pasti menyertai semula Umno, ianya masih meragukan. Kemenangan Khairy selaku ketua pemuda Umno sedikit sebanyak boleh merencatkan hasratnya itu. Jika benar Tun akan kembali, pastinya ia akan memberikan kesan langsung kepada pihak pembangkang kerana sebahagian besar golongan 'atas pagar' yang memilih pembangkang di PRU 12 yang lalu adalah pengikut setia Tun.

Politik tetap politik. Perkara yang mustahil dengan mudah menjadi realiti.

2 comments:

Azhar Ibrahim said...

Perkara yang mustahil mudah menjadi realiti dan yang patut menjadi realiti kadang-kala bertukar menjadi sesuatu yang sangat mustahil. Politik oh politik!

Tinta Ibn Awwal said...

A..

Hahaha. itulah realiti sebenar berpolitik!