Friday, September 12, 2008

ISA..ISA..




Apakah mungkin tekanan perkauman di Malaysia tiada kesudahannya? Secara rasionalnya masyarakat Cina di Malaysia akan mempersoalkan tentang penahanan terutamanya wartawan Sin Chew Post, Tan Hoon Cheng sedangkan Dato' Ahmad Ismail selaku individu yang dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman hanya digantung keahliannya di dalam UMNO. Apakah reaksi spontan yang akan dikeluarkan parti-parti komponen barisan nasional seperti MCA dan GERAKAN? Begitu juga halnya dengan penahanan Teresa Kok atas alasan yang Abi sendiri pada dasarnya amat bersetuju. Beliau dituduh cuba memainkan sentimen perkauman dengan mengarahkan azan supaya di perlahankan di beberapa masjid. Tiga hari lalu, Abi diberitahu oleh rakan sekuliah Abd Rahim tentang perkara ini lantas dengan hati yang agak membara mencari kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh Teresa Kok di blog beliau. Kenyataannya kelihatan meyakinkan menafikan segala pertuduhan yang dilemparkan. Lihat disini. Nah, semalam beliau ditahan di bawah akta ISA. Ingin ditekankan di sini ialah ISA tetap kekal dipandang sebuah undung-undang yang tidak bertamadun. Seseorang akan ditahan selama 60 hari tanpa bicara dan tidak diberi layanan untuk bertemu sesiapa di dalam tempoh itu. Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok mungkin bersalah tetapi mereka tidak seharusnya diketepikan hak untuk mempertahankan diri dari segi undang-undang. Abi pada hakikatnya bersetuju mereka di tahan untuk disoal siasat, tetapi hendaklah di bawah undang-undang sedia ada melalui prosedur tertentu dengan membolehkan mereka diberi hak untuk membela diri.

4 comments:

Anonymous said...

sepatutnya anda lemparkan perkataan "ISA undang2 tidak bertamadun" kepada singapore dan amerika syarikat.. =) sudahlah.. orang lain tertekan jugak.. malah jauh lebih teruk daripada kita disini di malaysia.. bersyukur sajalah kita sebagai seorang melayu.. lihatlah saudara semelayu anda di singapura.. lihat sajalah.. lihatlah saudara sedarah kita di indonesia.. lihat sajalah.. mereka bermandikan air mata darah.. masih tidak dihiraukan.. pertahankanlah apa yang masih ada.. pertahankanlah apa sahaja yang tinggal.. janganlah anda jadi seorang yang tidak mengenal budi.. janganlah nama anda tercatat didalam sejarah sebagai orang yang menjadi pengkhianat orang melayu.. tuluskan perjuangan.. didalam alquran pun menyebut "perjuangan agama, bangsa dan negara" adalah jihad.. 3 perkara itu adalah jihad.. sedarlah.. perjuangkanlah anak bangsa sendiri daripada memperjuangkan bangsa orang lain.. mereka belum tentu memperdulikan anda..

Tinta Ibn Awwal said...

Anonymous..

Terima kasih kerana melontarkan pandangan. Abi sudah cukup sedar untuk disedarkan. Ya perjuanagn mempertahankan agama bangsa dan negara adalah jihad. Tetapi perlukah kita menyokong undang-undang yang tidak bertamadun lagi kejam ini walaupun ianya dibuat kononnya atas dasar mempertahankan negara? Abi tidak mahu menjadi pengikut totok sesebuah bangsa sehingga tidak lagi mengenal erti baik dan buruk! Rasulullah SAW tidak pernah membezakan manusia melalui bangsanya. Kaum Khazraj dan Ansar dapat bersatu teguh di Madinah walaupun pada ketika itu perasaan assabiyyah dikalangan bangsa Arab amatlah tinggi.Mengapa perlu Abi digelar pengkhianat bangsa jika terus menyelar ISA sebagai undang-undang kejam sedangkan orang yang menghapuskan bahasa bangsa Abi sendiri adalah Melayu? Adakah mereka pun turut bergelar pengkhianat? Sehinggakan ramai anak melayu bukan hanya sekadar malu hendak bertutur malah hendak menulis di dalam bahasa melayu pun sudah malu! Abi sebagai bangsa melayu tidak pernah lupa akan asal usul, malah berbangga dengannya.

Ibn Qadir said...

tahniah abi!
sekalung penghargaan ku kepadamu abi, yang akhirnya telah terjun ke arena blog yang penuh dengan misteri dan harapan ini... :)

Ya, memang benar berkenaan dengan komenmu sebagai balasan terhadap komen yang dilontarkan oleh anynomous,Islam itu sendiri tidak pernah membezakan warna kulit sebagai satu lontaran terhadap sesebuah kenikmatan...

saudara anonymous... adakah tunjang politik bangsa itu satu modus operandi hakiki?

lihatlah bangsa rom, meluaskan empayarnya dengan dasar bangsa superior...
Pemerintahan empayar Britain yang menjajah atas dasar "beban orang putih"
Dan tidak lupa kepada rejim hitler yang menyembelih atas nama keagungan bangsa aryan?

persoalan pokoknya...
agama atau bangsa?

sesungguhnya politik islam itu adalah keamanan sejati, keredhaan yang harus dinikmati oleh sekalian umatnya dan seluruh isi perut bumi ini...

Betulkan dasar, betulkan kiblat perjuangan...atas nama agama yang sejati, atas cinta kepada keamanan yang diredhai..

buat abi, teruskan perkongsian ilmu kita... jemput lawat dan sudi2kanlah diri memberi komen anda.. :)
maaf kerana keterlewatan mengemaskini blog...


salam tulus
hafidz hakimi aka Ibn Qadir

Tinta Ibn Awwal said...

terima kasih kimi..

ulasan yang bernas dan mantap sekali