Sunday, August 3, 2008

I'm a rugby player!


'I'm a rugby player!', itulah ungkapan yang telah Abi gunakan di program perkenalan semasa minggu pertama menjejakkkan kaki ke alam universiti di UiTM Kedah beberapa tahun lepas. Abi menggunakan ungkapan itu bertujuan untuk membuktikan kepada rakan-rakan sekuliah bahawa melalui sukan kita dapat bersosial dengan baik. Diwaktu itu, pelajar program Pra Ijazah Undang-undang terkenal dengan sikap tidak mempeduli hal pelajar lain selain dari rakan sekuliah. Bagi Abi hal sedemikian tidak boleh dibiarkan dan akibatnya telah terbukti pelajar undang-undang tidak disenangi oleh pelajar program-program lain. Ungkapan keramat inilah juga Abi sering diusik oleh rakan-rakan sekuliah sehingga ke hari ini!. Tujuan sebenar entri ini adalah untuk mengumumkan bahawa hari ini merupakan antara hari terpenting bagi Abi semenjak melibatkan diri dalam sukan ini. Pasukan ragbi fakulti undang-undang telah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan sukan antara fakulti (SAF). Pencapaian ini amat membanggakan lebih-lebih lagi pertandingan ini disertai 25 fakulti UiTM! Dengan kejayaan ini juga Abi juga telah membuat keputusan drastik untuk mengundurkan diri terus dari sukan ini. Cukuplah sekadar sesingkat 4 tahun berhempas pulas untuk membuktikan kepada keluarga bahawa Abi bukan sekadar 'budak bola'. Abi juga berpengalaman bermain sukan terlasak di dunia ini. Sukan ragbi sudah dianggap sukan 'wajib' bagi kesemua anak lelaki Hj Awal. Walaupun pencapaian amat rendah jika dibandingkan dengan abang dan adik, Abi tetap berbangga. Terima kasih diucapkan kepada rakan sepermainan dan sekuliah Fakharuddin (Chemax) dan Ikram (Cheqa) sebagai orang yang bertanggungjawab menyakinkan Abi bermain sukan ini. Dengan perasan bangga Abi umumkan kepada dunia, 'I'm no longer a rugby player!'.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wahai sahabat,

Biasa² abang sekarng dah pandai main blog, nak jadi cam Raja Petra ke apa abang ni? Satu penulisan kemas, terperinci, dan tetap utuh dengan bahasa Melayu sebagai medium. Teruskan menulis. Hamba menanti entri berikutnya. (Entri pun bahasa Melayu sebenarnya!!!)

Tinta Ibn Awwal said...

Rakan Farhan..

Terima kasih atas komen yang diberikan. Sekadar mahu bertanya, adakah saudara Azhar atau lebih dikenali Aa?

Mr Yan said...

abi...bahasa melayu anda sangat baik..."i'm a rugby player"..haha...kalo sekarang lebih baik anda berkata "i'm a blogger" ataupun "rambut saya macam ultramen"..hehe...anyway, welcome to the blogging world my friend..hope that we can make a change with our mind, fingers and the internet..hehe..

Anonymous said...

Benarkah rugby sukan terlasak di dunia? Wah, saya sungguh teruja! Hehe.

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Komen saudara Abi terima dengan perasaan rendah diri. Ya! I'm a blogger! and proudly to say that. Saudara juga dijadikan contoh oleh Abi untuk mula bergiat dalam alam blog ini. Sekalung penghargaan.

Aidil..

Mungkin tidak adil untuk mengiktiraf ragbi sebagai permainan terlasak di dunia kerana ia terlalu subjektif untuk dinilai. Tetapi majoriti penghuni dunia ini telah menganggap ia sedemikian. Tidak salah untuk Abi bersetuju dengan mereka dalam hal ini :)