Friday, August 29, 2008

DSAI ke parlimen: Impak dan kesannya kepada Malaysia

Kemenangan DSAI di Permatang Pauh baru-baru ini banyak melontarkan persoalan kepada rakyat Malaysia secara umumnya dan Abi sendiri secara khususnya. Antaranya ialah mampukah DSAI dapat merealisasikan impiannya untuk memimpin kerajaan baru menjelang 16 September ini seperti yang direncanakannya? Selain itu, rakyat Malaysia sekali lagi diberi peluang untuk melihat sejauh mana kehebatan insan bernama Anwar bin Ibrahim ini dapat meningkatkan moral para ahli pembangkang di parlimen untuk terus menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat. Pendapat Abi secara peribadi, ini adalah peluang yang terbaik bagi Malaysia semenjak merdeka untuk membuktikan kepada dunia akan demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah tulen kerana majoriti kerajaan dan pembangkang hampir setara. Ini secara langsung dapat menjadikan parlimen di Malaysia lebih hangat dengan isu-isu yang dapat memberikan kelebihan kepada rakyat. Cukuplah dengan retorik politik murahan yang sering dimainkan kebanyakan ahli politik kebelakangan ini. Kepada pihak kerajaan mereka perlu buktikan bahawa walaupun dengan kehadiran ikon pembangkang ini, mereka tidak sesekali gentar dan masih dapat melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh saksama. Bagi pihak pembangkang pula mereka perlu untuk terus bangkit dengan lebih gah setelah disuntik dengan kehadiran DSAI ke parlimen untuk terus menerus menegur dan memperbetulkan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pihak pemerintah. Jika teori ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, Abi yakin bahawa Malaysia akan terus maju dan lebih dihormati dunia, insyaalah.

6 comments:

Mr Yan said...

Seriously, Malaysian are so sick of the old government games.Another accusation on sodomy, what the hell are they thinking?

I don't know anything about Anuar Ibrahim but our political scenario is far more torn up than in 1998. Maybe we do need DSAI, maybe DSAI can be a savior to our 51 years of nationhood.Who knows?

Maybe Pakatan Rakyat (PR) should win the next election. If that happens, there will be a total reform in BN, all the elders are out and young blood step in.

cant wait to see what's going to happen in 16 September 2008.

Maybe it's time to change...

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Im not sure about what going to happen on Sept 16, but one thing that i do sure is if DSAI can make his 'ambitious' plan a reality,let's hope he going to fulfill all his words and promises to rakyat. We need the true independence! We need the real Malaysia which owned by Malaysians!

Mr Yan said...

as I said Abby (Mr Ishak Merican used to call you this..hehehe), MAYBE he is...and MAYBE his not...MAYBE he can, MAYBE he couldnt...

Not a supporter on Anwar but he seems like the only choice...

Maybe one day another Mahathir or an English speaking Nik AZIz will emerged from the ashes of Malaysian burned out politics debris...

And like a phoenix, he will lead this country to extraordinary hights and lenghts...hehehe...

still hoping and praying.....

Anonymous said...

Parlimen perlu pembangkang.Aku expect pembangkang lebih panjang taringnya.Jgn hanya berani di blog.Sekarang dah pegang kuasa buktikan pd rakyat.Akhbar melaporkan terdapat petisyen dr MP PR di selangor meminta khalid ibrahim mengharamkan azan.laporan turut menyebut ada masjid di puchong & damansara x dibnarkan azan.bnar/tdk kita xtau.klu benar, ape yg kite harap khlid ibrahim akan respon ? jika salah,ini satu lg dakyah politik kotor.

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

I totally agree with you. We desperately need an eligible leader to guide Malaysia to another level. Leader with integrity is what are we looking for. Mahathir and Nik Aziz both have their advantages and weaknesses so do Anwar bin Ibrahim.

Rahim..

Keseimbangan pembangkang dan kerajaan menjanjikan demokrasi lebih sihat di Parlimen. Tentang isu azan, MP Seputeh Theresa Kok ada mengusulkan untuk memperlahankan azan (tidak untuk tidak membenarkan) dan menggantikan tulisan jawi di papan tanda dengan tulisan Cina dan Tamil. Pendapat peribadi, kerajaan Selangor di bawah kendalian Tan Sri Khalid perlu tegas dan saksama dalam menangani isu sensitif ini. Jangan biarkan isu ini menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Selangor khususnya bangsa Melayu beragama Islam.

Tinta Ibn Awwal said...

Rahim..

Setelah membaca sendiri pengakuan YB Teresa di blog beliau. Abi rasa masalah ini sudah selesai dan seperti biasa, media di negara ini masih belum bebas sepenuhnya terutama Utusan Malaysia.