Friday, August 14, 2009

Karya Ulung


Baru sahaja habis menikmati filem hebat Ada Apa Dengan Cinta yang sudah ditonton untuk sekalian kalinya. Jarang Abi menghayati sesebuah puisi sedalam puisi di dalam filem ini. Sememangnya puisi daripada Indonesia amat sukar ditandingi kehebatannya. Tidak berniat untuk menyatakan puisi yang di hasilkan para sasterawan di Malaysia kurang kualitinya, tetapi mutu dan gaya penyampaian puisi dari Indonesia ternyata lebih lunak dan menyentuh jiwa, hati dan perasaan.

Puisinya Rangga 1

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..

Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.

Puisi Rangga 2

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ingin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

Hebat bukan? Gaya bahasanya amat menarik dan susunan katanya terlalu memukau!




11 comments:

Aidil Khalid said...

Ada Apa dengan Cinta memang sebuah filem yang baik kalau dinilai dari sudut estetika bentuk. Tapi kalau menyorot dari sudut estetika makna, filem ini sangat jauh dari menjadi sebuah magnum opus. Persoalan yang diangkat bermain hanya mengenai hal-hal lingkungan dekat -- cinta dan kasih sayang antara pelajar sekolah. Kalau filem indonesia yang pernah aku tonton, aku lebih suka mengangkat filem-filem seperti Gie (arahan Riri Riza) atau Perempuan Berkalung Sorban(arahan Hanung Bramantyo). Ceritanya tidak hanya menyentuh perasaan, tetapi juga menggugah fikiran.

Tapi apa-apa pun, tak boleh dinafikan, aku pun menikmati juga filem Ada Apa dengan Cinta sebagai sebuah filem yang indah bentuknya!

Muaz said...

aku nikmat cerita AADC tgk awek sudah. kahkahkah

Unknown said...

aku rangga chop

Tinta Ibn Awwal said...

Aidil..

Aku secara peribadi tak pandai meneliti filem dari sudut estetika bentuk, magnum opus dan sebagainya Aidil. Yang paling penting bagi aku untuk mengangkat sesebuah karya filem itu hanyalah dua iaitu jalan ceritanya dan juga mutu lakonannya. AADC bagi aku menepati ciri-ciri tersebut sebanyak 97%. Haha

Muaz..

Betul Muaz! Alya dan Cinta cantik yang melampau-lampau kan?

Encik..

Silakan. Haha

Azhar Ibrahim said...

Aku ingat lagi zaman AADC meletup. Memang gah cerita tu. Malah aku struggle gila edit gambar and wat wallpaper gambar² Milly (Sissy Priscillia) dalam filem tu, siap print lagi. Masih dalam simpanan ke hari ni. Alya pun leh tahan. Hehe. Cinta? So-so la.....

Tinta Ibn Awwal said...

Azhar..

Hahahaha. Aku pun tengok AADC ni dengan sekusyuk mungkin masa tu..

mrkerang said...

bile lalu kat airport jakarta, teringgat kat cite tu...
sangat memuaskan hati....

Tinta Ibn Awwal said...

Zex..

Hahaha.. Aku pun siap berlakon lagi berlari-lari di Bandara Sukarno-Hatta

Soffian Shariff said...

aku baru tengok cerita nie tadi..VCD lah tapi..best gler...

rindu kat dian sastro..asal lah dia tak berlakon lagi ek..

Tinta Ibn Awwal said...

Pian..

Tak pernah lagi aku jumpa orang yang cakap AADC tak menarik. Lagi-lagi dari segi mutu lakonan dan puitis bahasanya. Tapi kekadang malu juga bila mengenangkan tahap obsesi yang tinggi pada cerita-cerita yang cinta-cintun ni. Cuba ko tengok cerita Gie juga lakonan Nicolas Saputra.

CikAjune said...

Indonesia bukan bagus puisi je. Variety of music dan film juga banyak yang best dr indonesia.

singgah blog u jap.